Sunday, January 30, 2011

igatan kakak buat driku...tengkiu...:)

Assalamualaikum wrt Wbt

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan nikmat mata untuk melihat pagi ini, nikmat udara segar untuk dihidu, nikmat tangan untuk mengambil sesuatu, nikmat kaki untuk  melangkah lebih jauh dan sebesar-besar nikmat, Iman dan Islam. la tuhsuha...Tidak dapat dibilang..

Tidak dapat dibayangkan jika semua nikmat yang ALLAH berikan ini, pada satu ketika nanti ALLAH menarik semula. Tika itu, mulut tidak mampu untuk berkata-kata, tangan tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kaki terhenti seketika tidak kemana2, mata...hanya gelap semata. Begitulah kematian yang telah tiba memutuskan kenikmatan dunia. Dan tika itu, umat yang tidak sempat/tidak sedar, tidak mampu untuk berbuat apa2. Menyesal sudah tidak berguna, hanya menunggu pembalasan Tuhannya. Namun, bagi mereka yang taat dan beriman padaNya dan bersungguh memperbaiki dirinya, kepadaNYa Allah akan menganjari...yudkhilhu jannatin tajri min tahtihal anhar...kholidina fihaa...mereka di masukkan ke syurga yang di bawahnya sungai-sungai yang mengalir...

akhawat, renungilah dalam hati kita. Apakah pengakhiran hidup kita selepas ini? Di manakah akan dicampakkan diri ini.? Ngeri memikirkan tika banyak lagi kemaksiatan dan dosa  yang sering menghinggap di dalam hati. Bimbang sekali jika amalan yang dipersembahkan kepada ALLAH tiada nilai disisiNya. Astaghfirullah, Ku memohon ampun padaMU ALLAH...hanya mengharap rahmat dan belas kasihan dariMu.

Sentiasalah kita menjaga hubungan dengan ALLAH, kerana Dialah yang berkuasa di muka bumi ini. Setiap detikan jantung adalah milikNya. Kita hanya meminjamnya SEKETIKA cuma. Tidak perlu merasa bangga dengan apa yang kita miliki, kerana ia bukan milik kita.. satu hari nanti, ia harus dikembalikan semula kepada Penciptanya.
Jagalah hubungan dengan ALLAH melalui surat cintaNya. Baca dan tadabburilah ia. Akan ada bait-bait indah menusuk jiwamu, kerana ALLAH berjanji "ala bizikrillah, tathma'innal qulub".... tenang-setenangnya....

Ayuh akhawat sekalian, ku menyeru untuk diri ini agar sentiasa menjaga amalan harian kita. Jangan pernah untuk meremehkan ibadat-ibadat sunat, kerana ia tanda kita cinta kepada ALLAH. Dan ingatlah, bahawa kita adalah da'ie yang memikul beban dakwah yang sngat berat. Rasulullah sendiri melakukan solat malam, walau dosanya telah diampuni, namun tanda kesyukurannya, ibadat terus istiqamah ditekuni. Kita bagaimana?
Kita tidak sama dengan yang lain, kita bergelar dai' yang harus lebih banyak amalannya berbanding mereka di luar sana. Jika kita juga amalannya seperti mereka, apakah beza kita dengan mereka? bagaimana kita mahu memimpin mereka? Maka, perbaikilah ibadah harian kita. Perbanyakkan membaca buku kerohanian yang membersihkan hati. Solat malam didirikan memohon keampunan atas dosa dan kemaksiatan....

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget