Tuesday, December 28, 2010

cinta smpai syurga..:) insyaAllah..:)



Perpisahan itu menyakitkan.
Ia perit dan pahit.
Tapi sakit,perit dan pahit itu bersebab.
Perpisahan itu kerana sayang dan cinta.

Cinta kerana tidak mahu melemparkan diri dan orang yang disayangi ke lembah neraka.
Sayang kerana sama-sama mahu menuju syurga.

Apalah ertinya cinta jika sama-sama terbuai noda?
Sama-sama mengumpul saham dosa lantas di hisab dan di seksa di akhirat kelak?
Bukan itu definisi cinta..

Cintakah kamu padanya sedangkan yang patut kamu cintai terlebih dahulu adalah PenciptaMu sendiri?
Cintakah kamu padanya sedangkan kekasih Allah pun kamu belum cukup kenali?
Cintakah kamu padanya sedangkan diri sendiri belum pandai kamu urusi?
Tanyalah dirimu sendiri wahai hati..

Layakkah memberinya cinta sedangkan dirimu sendiri masih bengkok?
Ya,memang seorang lelaki dicipta untuk meluruskan tulang rusuk nan bengkok ini..
Tapi bukankan lebih baik jika kita yang berusaha meluruskan diri sendiri?
Lelaki itu hanya pendorong,diri sendirilah yang harus berusaha..
Harus berazam untuk menggapai redha Allah,
Cintailah dia kerana Allah..

Letaklah cinta itu di tempat yang sepatutnya
Sebelum menggapai cinta insan,belajarlah dulu mencintai Allah dan rasulnya,
Belajarlah dulu untuk bersedia..
Baiki diri,baiki akhlak,baiki hubungan dengan Ya Rahman..

Jika cintanya masih lagi menjadi milikmu,
Jika sudah tertulis jodohmu dengannya,
maka bersyukurlah,
Jika tidak,berlapang dadalah kerana Allah sudah menentukan yang lebih baik buatmu kelak,
Seseorang yang mencintaimu kerana dia juga mencintai Allah,

Tiba saat itu kelak pasti kau sedar,
Perpisahan yang dulunya perit,
Telah membawa erti kebahagiaan yang sebenar,
yang pasti bukan saja di dunia,
malah juga di akhirat kelak..
insyaAllah..^_^

No comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget